Sinopsis cerpen Nasinya Tumpah karya Fatimah Busu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, hari ini saya akan kongsikan sinopsis tentang novel yang saya baca dan pelajari iaitu novel Mahkota Sastera Melayu. Saya mempelajari novel ini untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (922) bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester 1 bagi peperiksaan bermula sesi 2026. Pelbagai kandungan yang menarik di dalam novel ini dan kisah-kisah yang menyentuh hati, tetapi hari ini saya akan kongsikan cerpen tentang Nasinya Tumpah karya Fatimah Busu. Cerpen ini menceritakan tentang Jarah yang menjalankan kehidupan biasa. Jarah merupakan anak yang bertanggungjawab membantu emaknya, Halimah menjaga adik beradiknya iaitu Zabidah, Bedolah dan Hani ketika emaknya dan ayahnya, encik Samad pergi ke kebun atau ke pekan setiap hari untuk berniaga. Pada suatu hari, emak dan ayahnya terpaksa pergi awal ke pekan. Terpaksa pergi awal pagi meninggalkan Jarah dan adik-adik. Jarah dipertanggungjawab menjaga a...