Sinopsis cerpen Nasinya Tumpah karya Fatimah Busu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, hari ini saya akan kongsikan sinopsis tentang novel yang saya baca dan pelajari iaitu novel Mahkota Sastera Melayu. Saya mempelajari novel ini untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (922) bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester 1 bagi peperiksaan bermula sesi 2026. Pelbagai kandungan yang menarik di dalam novel ini dan kisah-kisah yang menyentuh hati, tetapi hari ini saya akan kongsikan cerpen tentang Nasinya Tumpah karya Fatimah Busu.
Cerpen ini menceritakan tentang Jarah yang menjalankan kehidupan biasa. Jarah merupakan anak yang bertanggungjawab membantu emaknya, Halimah menjaga adik beradiknya iaitu Zabidah, Bedolah dan Hani ketika emaknya dan ayahnya, encik Samad pergi ke kebun atau ke pekan setiap hari untuk berniaga.
Pada suatu hari, emak dan ayahnya terpaksa pergi awal ke pekan. Terpaksa pergi awal pagi meninggalkan Jarah dan adik-adik. Jarah dipertanggungjawab menjaga adik-adiknya yang tidak ke sekolah kerana merupakan minggu cuti sekolah. Jarah menyuruh Bedolah mandi dan menyuruh Zabidah mengambil adiknya, Hani untuk bawa ke bendul. Jarah membuat semua pesan yang ibunya tinggalkan. Jarah tidak pernah lupa akan pesan ibunya kepadanya.
Jarah yang merupakan seorang gadis yang berumur 13 tahun itu menyiapkan makanan untuk adik-adiknya. Dia menyiapkan lauk dan memasak nasi. Sementara menunggu nasi mendidih, Jarah perlu mengupas kelapa dan kukur kepala. Jarah sudah selesai masak nasi dan gulai ikan keli. Dia juga sudah selesai bakar ikan kering dan mengemas dapur.
Kejadian malang pun bermula apabila Jarah ingin membantu emak dan ayahnya untuk menjemur padi. Walaupun emak dan ayahnya tidak menyuruh dan memesan untuk melakukanya, tetapi dia berasa simpati dan membuatnya dengan rela. Jarah memanggil adiknya, Bedolah untuk meminta tolong memangkat tikar buruk.
Setelah itu, Jarah menyuruh Zabidah mengunci pintu depan dan turun ikut pintu dapur. Jarah menyukat satu bakul kecil padi. Bakul itu diheret ke muka pintu lalu Jarah mengarahkan Zabidah untuk meletakkan Hani terlebih dahulu dan meminta Zabidah untuk mengangkat bakul atas kepala Jarah.
Kemudian, mereka pun berjalan beriringan. Bedolah dulu menjunjung tikar-tikar mengkuang buruk, Zabidah di tengah mengepit badang pada tangan kiri dan dukung Hani pada tangan kanan. Jarah di belakang sekali menjunjung bakul padi. Kedua-dua tangannya sangat kukuh memegang bakul itu.
Tiba-tiba, Bedolah terjerit. Jeritannya seperti perasaan girang. Jarah, Zabidah dan Hani terkejut. Lalu, Bedolah berkata " Kulat kaki tiung kak! Kulat kaki tiung! Tengok ha, banyak sana sini." Jarah mula memandang kiri kanan, nampak di antara daun-daun getah kering yang luruh itu warna-warna merah jingga yang indah.
Seterusnya, Jarah pun berkata kepada adik-adiknya untuk pergi jemur padi dulu, semasa dalam perjalanan balik baru mereka akan mengutipnya. Zabidah dan Bedolah sangat patuh. Setelah menjemur padi, mereka dalam perjalanan pulang dan tanpa ragu-ragu mereka pun mengutip kulat-kulat itu.
Comments
Post a Comment